Sunday, November 6, 2011

Aidil Adha

Salam aidil adha!




Ikhlas,
Blogger yg kian malas. :)

posted from Bloggeroid

Sunday, September 18, 2011

My raya version

Takde ape pon menarik. Balik johor macam biase. Gambar kt johor mostly guna digital kamera. Then x transfer dlm laptop pon lg. MALAS.

16hb Sept pergi Semenyih. Cousin sama nama bertunang. Nama dia Adibah Hanim. Kami guna nickname yg sama HANIM.



Satu lagi, semester dah start. Sy harus belajar dgn tekun. Tensi! First week pegi dh ade byk assignment okeh.

posted from Bloggeroid

Friday, September 2, 2011

Salam Aidilfitri dan Salam Merdeka

Hello blog.! Longggg time no see meh. Bulan puase kan. Tangan, kaki semua penat xlarat nak angkat except mulut.! Becok tak penah habess. Tsk.!

Anyway Selamat Hari Raya semua! Ampun maaf dipinta ya! If ade salah silap, terkasar bahasa, terover memerli harap di maafkan. :)
Eh, satu lagi. Salam kemerdekaan samaa. Harap kita semua berdoa agar Malaysia aman makmur sentiasa. Jgn saling buruk memburuk, benci membenci, dengki mendengki. Buang tu semua bru la sihat sejahtera ;)

Message ikhlas nie daripada si "kurus" dibawah;


Waaa.! Stress cane boleh terlebih dagu nie? =.= jom puasa esok puasaaaaaa.!

posted from Bloggeroid

Sunday, August 14, 2011

Tudung raya

Raya nie rase nk pakai tudung ala-ala bibik tula.
Tapi...

Macam xseswai tudung tu ngan aku. T_T

*ni semua gara2 duit bonus akan tiba xlama lg tros pikir psal tudung raya. Haisshhh

posted from Bloggeroid

Friday, August 12, 2011

Iftar bersama students :)

Dah dua kali berbuka puasa dengan students. Baik bukan saya? Eceh.! *Puji diri sndri*

That day bukak puasa kat Ayam Penyet (AP) Kok Lanas, kelantan. AP banyak branch ade n I pernah try kat Shah Alam jgk. Tapi I rase kt kelantan far far better dr segi interior and foods. *seriously :)


The Minang food. Sedap.!


The lecturers.


The lecturers.

Gambar ramai2 ngn students x ambik plak.huu tu nampak sket2 kt blakang kan. ;p we also celebrated birthday. Birthday sape?


Her.! Suprise bday party :) students class nie sgt bagos. Setiap lecturer celebrate bday. Bday I dlu pon dorg celeb. :)

Next year birthday diaaaaa...

Celebrate lg eh. Haha muke bajet kiut tak tahannn. @_@

posted from Bloggeroid

Saturday, August 6, 2011

Me and my monthly bestfriend

Warning: ini kisah para wanita. Para jejaka boleh start pejam mate.

Awal-awal puase aritu aku dah start cuak dah. Isk mcm xleh puasa jer. P aku bt2 cool smpai lah puase ke 5 time sahur aku check aihh dah start 'kibarkan bendera' *women knew better* eceh.! ;p

Dlm mse yg same jgk aku ingat. Aritu kotex ade post kan aku sample kotex luxe n pantiliners. Tros lari-lari anak try pakai kotex luxe. Guess what? Dia nye penyerapan sangatlahh tiptop.! Rse kering sentiasa. Love it.!

Bila dh habes mestilah xsabar nak g kedai cari kotex luxe. Tp apakan daya, kat besut xde pon jual kotex luxe. Wawawa.! Mahal gamaknye. Ish p whisper elok jer ade. T_T

As a solution, I grabbed this...



Ultrathin with wings n overnight. Tapi kan ade yg size 5 pads jer. Kesiannnn kan? Padahal I pg supermarket yg top dh tu. FINE.! Top di besut jelahkann. Hee ;D



Err.! Harga pon ade lg. Affordable kan?

Come on girls, 'WOW' together with me.! Tak men la pads yg putih plain jer. I men yg ade kaler2.! :)

posted from Bloggeroid

Monday, August 1, 2011

Master Degree (again) =.=

Fuhh. dah macam education blog dah. T_T *padahal lansung masuk penjara.!*

Untuk application :


Master degree by research application boleh dikata kan bukak sepanjang tahun . means if tiba-tiba datang seru nak sambung Master terus online and bukak http://www.ipsis.uitm.edu.my/ then terus cari link online application dan isi la ape yang patot. DONE :)

Master degree by coursework application bukak depends on programme. Mostly tengok intake. biase end of semester dah start bukak application. Example; bila abes je degree then time cuti nak tunggu result korang dah boleh slalu update kat ipsis. Bila bukak jer application course yg korang minat terus berdesuupppp apply. *siap example tu tak tahannn. haha*

Intake unjuran baru : Ada dua intake iaitu September and March intakes. If dah lambat apply utk September, sile tunggu tahun depan. dalam end of Jan dah bleh jadikan ipsis nya website sebagai website wajib baca :) cari link online application.

Untuk fees structure:


Nie table. fees depends on faculty plus programme. sila take note yang kaler-kaler biru I kotakkan tuh. hee ;D



si mata ketumbit boleh kelik kalau tak nampak. haha =p.


walhal I sendiri pon tak nampak nak bace @_@


Oke tu je kot dulu. mana-mana yang tanya I soalan, I reply guna post entry eh :) If ada lagi inquiries boleh tanya je I lagi. hee =D

Kelantan dan jalan jammed

Sape kate kelantan tak "macet".? Sape? Jammed ok jalan kat kelantan.! T_T



Lagi-lagi area Machang - KB. Sebab jalan one way kot.. Smua pakat nak lalu ikut ctu ngan lori balak nye tanker nye tambah pulak dgn atok nenek bawak kete dgn speed 40km/j sangat menguji minda.

Patotlah time raya area tu paling hebat mnggila jammed nye.

Keluhan ni berlaku sebab route jln sy hari ni sgt pnjg besut-kb-machang-kb-besut. Trun kereta tak rase kaki.!

Last but not least, Selamat Menyambut bulan Ramadhan
Maap if ade salah n silap. Eceh, dh mcm ayat time raya. Heee ;D

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 27, 2011

Thesis

Paling aku tasuke time belajar adalah part buat research. Haihh'

Ingat statistician suke ke buat research? @_@ statistician len mungkin. Aku je kot yg malas mcm ayam..

Jom bace journal self efficacy jom.! =)

posted from Bloggeroid

Saturday, July 23, 2011

Sony Vaio

2009 kot baru beli laptop Sony nie. mak n ayah hadiah sebab dapat first class honor degree. ayah tanya nak laptop pe ? Dell, Macbook, Sony. Lalu si dungu teknologi ni pilih Sony sebab ada kaler pink. Tak ke dungu nama nye ? T_T

Aku menyesal sampai sekarang. Kenapa ? Bace lah kisah tragis laptop aku.

1. Tak sampai setahun pakai awal tahun 2010 kot dah bunyi cam kapal terbang bila ON laptop. Ade warranty so tak berpeluh keluarkan duit. *orang Sony Service kata kipas rosak

2. Tahun 2010 dalam akhir tahun. laptop jam. Selow tahap siput jalan. *time nie dah takde warranty okeh. rm60 Sony service charge untuk format SAHAJA

3. Tahun 2011 bulan Mei. time aku sibuk nak siapkan Master nye projects/assignments. Hambek.! takleh ON trusss. dang ! aku terus takleh nak kata ape. On kejap mati, pastu nak on xleh sampai sudah. *Eh, repair kat Service Centre Sony lagih. Cina tu charge rm160 sebab tukar some parts.

4. Tak sampai dua minggu lepas repair condemn plak laptop aku. takleh ON. Part nie aku dah hangin.! pegi kat Service Centre aku suh dia bilang bape kali aku datang repair dalam mase 2tahun nie. 4kali dah cik. dah tu ni kenapa tak sampai sebulan rosak lagi. Jawab receptionist : Tu kena tanya technician. dia takdok keluar tadi. *Slang cina. Takpe lah repair plak yang nie. sekali bape charge kau tau ? RM309.

-tak kira minyak aku ulang alik dari Besut - KB, Machang - KB sebab nak hantar dan hambik

SONY sangatttt lah bagus sebab labour service pon dah rm160.
.SEKIAN.

Thursday, July 21, 2011

Cuti midterm semester May-Sept 2011

MALU nak citer. kite kannnnn pegi kursus kawen semalam dgn harini =)

Monday, July 18, 2011

Myvi Lagi-lagi Best

Eceh, title over.

Myvi dah selamat sampai bersama roadtax. aritu duk pung pang pung pang cari kete ape nak beli kan. last-last amek Myvi suda. lepas di buat kira-kira, aku rase tak mampu nyah nak bayar kete sajo rm800 bulan-bulan. aku bukan ada sugar daddy. tapi kalau ada kan best. T_T

Nak cite myvi baru nie,

Myvi baru memang lain terus dari Myvi dulu. dari segi lampu, kaki kodok dah takde dan bontot dia up sikit. dah macam honda jazz sekali pandang. *aku nasihat kan, org pandang kereta aku sekaliiii je plissssssss* haha

Dari segi interior toksah cakap lah memang lain terus. dan part yang best dia bagitau minyak banyak nie bape range kilometer yang boleh pegi.. so, tayah risau cukup ke tak minyak. dari segi gear dia dah letak kat screen kalau auto lah. kalau manual masih sama.

interior part kerusi aku tak suka yang standard sebab kaler koko muda gtu. if anak ko tumpahkan air berbelang-belang la seat tuh. tayah tunggu anak, diri sendri pon penah tumpah kan air dalam kete kan ? ;p so, better ambik yang variant premium seat kaler hitam. stereng pon best sikit berbanding myvi lama.. tu je kot.

esok nak test drive pegi Machang laaa. heeee ;p hello gulahati baru.. encik DBW =)

Sunday, July 17, 2011

tonton tv guna laptop sajo

Tak sempat tengok Annissa ?
aku: tak sempat sbb malam pon aku rajin kerja. errk.!

Tak sempat tengok Coffee Prince ?
aku: tak sempat sebab timetable class semua penuh time pukul 12-2pm T_T *wanita teraniaya*

Tapi aku cool je weh. sebab aku boleh tengok secara online sajerr.

dimana dimana ?


Senang jer, just register (password,username) dah settle then pilih la drama mana nak tengok. sekarang ku layan MyGirl buat kali ke empatploh. heee ;p
tayah risau kalau guna broadband pon oke. sbb aku kat umah sewa guna broadband jer. line tak kacau. eh, means line clear lah. =)

Friday, July 15, 2011

Iphone atau Blackberry

I takde pon either Iphone or Blackberry. dua dua I tak mampu.!
*ayat macam nak cakap kat org: boleh belikan I satu Iphone 5 ?* dussh terus aku lenyap dari muka bumi.

ehem, dengar cerita Iphone 5 plak nak launch. aiyooo.! aku Iphone pon tak pernah ada. lagi pengsann. macam mane nie ?

Sekarang, aku perlu kan phone yang boleh online di mana-mana sahaja. tak perlu angkut laptop dan broadband dan chager. tsk.! banyak sangat nak angkut naik tingkat 3 tiap-tiap hari. T_T

Kenapa nak online selalu?
sbb Bf dah berada jauh nun di perantauan. haruslah online tiap masa. =))

Iphone ke blackberry ? saya nak yang murah je. ada suggestion tak? postpaid ke prepaid. better beli phone ke bt contract dgn line je ?

Saturday, July 9, 2011

The Zenith Hotel, Kuantan

Hotel baru. berhadapan dengan East Coast Mall. masih dalam opening promotion rate until 31st Dec 2011. senarai harga bilik: zenithhotel

waiting area. before check out kita test power adry. what is this ? said nanny.



Dalam hotel. 2 beranak konon posing cam kat opis :D

tatau nak update ape sebab half of me takde kat sini.xleh msg-msg, xleh calling-calling. tsk.!

sekarang baru I tau rindu tu ape. T_T

Tuesday, July 5, 2011

Beware of Phishing Scam

Zaman canggih sekarang semua orang ada account internet banking kan. Segala transaction boleh buat online je weh. boleh bayar bil online, boleh tanya bape kau nak aku transfer duit? aku boleh buat sekarang! T_T dan segala benda lah :)

Tapi ada satu benda yang memang kita kena alert bila punya account utk internet banking. iaitu PHISHING SCAM. Kita yang kena alert dulu jangan bila duit dah hilang baru nak kecoh-kecoh call bank bagai. Macam mana nak alert?

1. Jangan sesekali kelik di mana-mana link untuk ke internet banking. Maksudnya jangan malas menaip url!
2. Jangan mudah sebarkan username dan password.
3. Jika tukar nombor telefon, sila lah update dengan segera. TAC kan via sms.

Nak tahu lebih lanjut? jangan segan silu kelik. Banyak input yang boleh dapat dan banyak contoh-contoh penipuan phishing ni.


Monday, July 4, 2011

transformer 3 - dark of the moon

Hoyeaah.! I dah selamat tengok Transformer 3 secara 3D kat MBO Klang last Friday. Best! thumbs up. I love the cars.! serious smart. Dari segi effect, technology no doubt la kan. Bumblebee comel macam biasa :)

Tapi dari segi pelakon tu I tak berapa nak suka sebab witwicky dengan awek (walaupun bukan Megan Fox lagi tapi mulut tetap mungil. aww.! ) dia tetap cool even orang lain kat belakang tu hancur berkecai. Plus rambut awek memang sentiasa model. baju comot rambut jangan sesekali ;p


Ada watak baru Sentinel Prime, ada watak yang mati Mr Ironhide. ada part yang menyentuh perasaan sampai basah spek 3D sebab airmata keluar. T_T Transformer kali nie sangat-sangat lah canggih. kagum macam mana dorang boleh buat nie semua.

Nway, tengok lah rakan-rakan sekalian. tak rugi :)

Sunday, July 3, 2011

Tips belajar secara partime

Kebiasaan nya orang akan tanya tak penat ke belajar time weekend? I mesti jawab " tak kenal pon penat tu ape " T_T

Kalau ada siapa-siapa nak sambung belajar. sila lah sambung sampai habes dulu then baru kerja. Tu yang paling selamat. Tapi kalau kita dah kerja jangan lah berhenti kerja sebab nak sambung belajar. rugii.! kerja je then partime spend masa untuk belajar.

Selalu dengar orang tanya macam mana nak bahagi kan masa kan? Macam I yang kerja kat Kelantan dan belajar di Shah Alam. memang penat takleh cakap kadang-kadang sambil tengok assignment nya due date pon airmata mengalir laju sebab tak buat ape pon lagi dah nak kena submit. tsk! Tapi takpe semangat mesti ada.

Tips saya yang dah gunakan selama setahun setengah nie:

1. Semangat harus tinggi. jangan sekali-kali give up. *nie memang penting
2. Siang spend masa untuk bekerja. Malam kalau boleh bukak juga buku untuk siapkan assignment secara berdikit-dikit. *jangan campur adukkan kerja
3. Bila pergi ke tmpt belajar contoh nya di Shah Alam. cuba habeskan masa senggang dengan berkaraoke, tonton movie dan shopping. *release tension, jgn fikir tujuan belajar saja*
4. Pandai deal dengan lecturer, kadang-kadang dorang paham kite bekerja. *trick bila tak siap assignment*

Insya -Allah dengan usaha, kita berjaya dapatkan segulung ijazah sambil bekerja. tak salah :)

Wednesday, June 29, 2011

Sadness

I need a PAUSE button for a short break in my life

a REWIND button to fix the past, maybe by fixing the past my life would be great than now =(

By fixing the past, I'll PLAY it back with big smiling on my face.

But, who'll give you a power to fix the past? IMPOSSIBLE.




Live in a dream and Just follow the flow.
=(

Saturday, June 25, 2011

Ceremony of love

Cuti sekolah boleh didefinisikan sebagai musim orang berkahwin awww.! :)
aku nak kahwin time bulan puasa. aci? -kedekut taik idung masin-

11th June 2011
Majlis sambut menantu
Ida & Faliq di Batu Pahat

5th June 2011
My elder sister Engagement's Day :)

4th June 2011
Majlis Persandingan Ida & Faliq

3rd June 2011
My cousin wedding's Day

31st May 2011
Majlis Persandingan kawan Kak Nini. I selaku driver terhormat. :)

Gambar di susun ala-ala resume. yang baru di atas yang lama di bawah. teehee ^_^

Friday, June 24, 2011

Sah! orang di dalam video adalah Anwar Ibrahim.

Tengok berita tv3 pukul 8 tadi.

Terkejut! headline buletin utama malam nie perihal video trio tersebut.

Tak tahu yang mana salah, yang mana betul. dunia sekarang macam-macam kan? ada kritikan, ada tohmahan, ada juga puji pujian. Cuma kita perlu berpaksi di jalan yang betul, yang diredhai Nya sentiasa :)

Hanis Zalikha's boyfriend

Ehem-ehem. *muka gedik*

Aku dah tau siapa kawan lelaki Hanis Zalikha :D
Dengan usaha gigih kakak ku, dia berjaya mendapatkan kepastian dengan sumber yang paling dekat dan tepat.

Yes, he is FH. Also, a pilot-to-be :)


Cantik + Handsome = anak mesti comel yang amat kan. *sekarang jugak I lari nak pegi cari lelaki handsome kot-kot takcantik + handsome = anak tersangat lah comel* T_T

Thursday, June 23, 2011

Kiddo hairstyle

"Heyya.!" word yang adry suka sebut. Dari cd mana ntah dia belajar. sket-sket "heyya!" sambil buat gaya waving. T_T

Masa cuti sekolah haritu kakak (eldest sista) satu family balik Besut dengan misi kakak untuk menggunting rambut adry. Umur adry dah nak masuk 3tahun tak pernah gunting secara professional means selalu kakak je yang trim senget benget rambut si cendawan ni. kadang-kadang dah macam pakai helmet.*konon nak rambut cam budak-budak kat oberseas nun* tu rambut panjang je selalu. tsk.!

Ni rambut sebelum di gunting. ala-ala helmet bukan? kadang-kadang ala2 gegirl gitu. =.= Selama dua tahun rambut macam ni.

Proses gunting dah mula, nasib baek lah cover tuh gambar hidupan laut. mata melilau-lilau nak tunjuk eh, ada dory, ada squid, ada nemo. so tak take port sangat lah orang duk gunting rambut dia. 10 minit pertama, bagos.!
Dah start boring takleh gerak-gerak. Lalu terhasil lah mimik muka over. konon sakit.!
Tadaa.! rambut cendawan dah berubah kepada rambut bulat dan pendek :) tiba je nampak cam matured terlebih anak sedara aku nih. HAHA

Me: Adry, how to spell shark?
Adry: S-H-A-R-K shark.! cleverrr (gaya mommy dia)
Me: @_@

Adry: choochoo(ni berpunca dari mommy kau yg duk reka nama, lekat sampai sekarang), what is that? (sambil tunjuk gambar shark)
Me: Is a whale.
Adry: No lah.!is a great white shark.
Me: @________________@

Peminat no 1 shark semua benda harus lah shark. Haiihhh..

Choochoo rindu Adry Muhammad lah :)

Tuesday, June 21, 2011

plagiarism

Amboih title taknak kalahh. HAHA. :)

Dulu-dulu, aku pernah lah jugak copy paste kan. especially part literature review & public speaking sebab nak bagi nampak cam cool gila.! dan bila org baca woww, hebat nya english diaaaaa. (hidung start dah kembang kempis) even sebenarnya kau tipu/ciplak yang org lain =.=

dan bagi aku, sangat lah penipu kalau org tu ckap. "eh, I tak pernah pon copy paste selama I belajar nie oke.!" - aww, terkejut boboii dengar camtu.! *senyap.! aku sekarang peminat tegar maharaja lawak* :p

Sekarang, bila dah bergelar pensyarah baru aku tau plagiarism sangat lah menyakitkan hati. Contohnya, if research kau yang bertungkus lumus duk buat orang lain republish kan atas nama dia, if notes kau tak tidur malam duk siapkan orang lain boleh compile kan notes kita dan jual dan macam-macam lagi lah jenis plagiat nie. If nak senaraikan contoh sampai esok pon tak abeh-abeh.

Tapi untuk ingatkan diri sendiri juga. janganlah kita senang2 je copy paste yang orang lain. dia guna kudrat, masa, duit nak habeskan sesuatu benda kita senang-senang je ambik dan guna buat hak sendiri. Tak salah nak guna tapi sebagai rujukan lah. Aku pon selalu buat research dan selalu ingatkan diri sendiri jangan copy, tapi apakan daya ade jugak tercopy.eseiimenn.! dah copy kita kena lah quote kan tak pon letak jd reference. Tak salah :)

Blog, account facebook pon ada yang plagiat. mushkil. T_T Tambah plak sekarang sibuk dengan issues hacked/godam dan digodam (over) makin celik IT makin celik lah idea untuk buat benda yang bukan-bukan. Aku pon sama weh, call students computer science "Saya nak mintak installer yg boleh unblock proxy sebab nak bukak facebook time masa kerja." *sama jahat nya aku nie* haihhh. jom insap.!

Friday, June 17, 2011

Harga the new MYVi

Cerita dah basi. sebenarnya before launched officially semalam aku dah nak cite tapi apekan daya. tak cukup kudrat nak menaip. tsk.! T_T

The new Myvi with tagline "Lagi Best" ada 3 variasi pilihan sahaja: Standard, Premium dan Elegance. dan setiap variasi ada Manual & Automatic. Ada 6 jenis pilihan warna : Solid (ivory white), Metallic (ebony black, medallion grey, glittering silver,mystical purple-August onward baru dibuka-), Special Metallic (pearl white).

Harga Myvi Standard (berbeza dari segi rim tayar, some sort of accessories-spoiler,etc)

manual(1.3L SX)
Solid - Rm43 900
Metallic - RM44 400
Special Metallic - RM44 800

Automatic(1.3L EZ)
Solid - RM46 900
Metallic - RM47 400
Special Metallic - RM47 800

Harga MYVi Premium

manual(1.3L SXi)
Solid - Rm46 900
Metallic - RM47 400
Special Metallic - RM47 800

Automatic(1.3L EZi)
Solid - RM49 900
Metallic - RM50 400
Special Metallic - RM50 800

Harga MYVi Elegance (yang nie ada navigation system, touch screen, dvd player (boleh guna if handbrake di tarik shj))

manual(1.3L SXE)
Solid - Rm53 900
Metallic - RM54 400

Automatic(1.3L EZE)
Solid - RM56 900
Metallic - RM57 400

*harga di atas hanya untuk semenanjung Malaysia shj.

Apa pilihan you all? :) Jom segera ke dealer berhampiran. atau booking via : www.perodua.com.my

Tuesday, June 14, 2011

Sarjana UiTM (details)

I dah pernah buat post pasal sarjana/master UiTM before ni. Sape yang belum baca boleh kelik sini : Master/Sarjana UiTM :)

Fee : Coursework tinggi lah sikit berbanding master in research. dalam RM1200++ per semester. kalau research dalam RM700++ je per semester maybe sebab tak guna ramai tenaga lecturer kot.

Timetable : Mostly depends on faculty. Macam I, Faculty Computer Science&Mathematics nie ada kelas pukul 6ptg - 9malam time weekdays dan kelas pagi untuk hari Sabtu. Ahad takde class. Tapi kawan I Faculty Accountancy, kelas dorang ada time weekend sahaja. Sabtu&Ahad. Tapi yang pasti, master students takkan ade class pagi time weekdays sebab mostly master student dah bekerja kan. Satu subjek, sekali je jumpe setiap minggu tapi duration class 3 hours la. memang selalu mati kutu.! *lama okehh* ;p

Assignments/projects : Untuk assignments/projects depend on lecturer jugak. Assignment/project nie bagi I benda wajib untuk setiap subjek. Memang compom adoo.! cuma ada certain2 lecturer suka bagi assignments every week dan mesti submit, ada yang suka suh buat project then bg due date ble kne submit, ada yang suka buat test and ada jugak yang suka buat take home test. bagi I nie macam luck la dapat lecturer cane. hehe

Final exam : Final exam depends on subject & lecturer. ada sesetengah lecturer bagi bawak notes masuk exam hall, ada yg gne lab boleh open book then submit via email kat lecturer, ada yg exam mcm biase. Untuk elective courses 40% je final exam, untuk core, 50%/60% lah. Tapi make sure yg result untuk core subjek harus dan MESTI lah grade B sahaja. untuk elective courses longgar sikit grade C. If dapat kurang, subjek tu akan melekat je dalam sanubari sebab kena repeat.! T_T

I rase dah cukup kot. nie I kongsi berdasarkan pengalaman diri sendiri selama setahun setengah bergelar pelajar master. If ada salah, maaf di pinta. *eceh, macam pantun* :)

Sumber yang boleh dipercayai untuk dikelik adalah : www.ipsis.uitm.edu.my

If ada ape-ape soalan yang mushkil dihati dan minda boleh je nak tanya I :)

Monday, June 13, 2011

Review X-Men: First Class

Last weekend, kitorang satu family turun Batu Pahat(BP). lame gilerr tak balik JB. Since atok aku dah meninggal, nenek aku asyik duk KL. jarang2 duk JB. tu kitorang jarang turun sana. Tapi hujung minggu aritu g lah lepak kat umah papa (pak sedare sulung belah mak) kat BP. Rumah tu dia buat cam homestay. p untuk family-family jelah. best jugak.. macam family gathering gtu.

Malam kitorang g lah layan movie kat BP Mall. 5 mins je dari rumah. Tengok ade X-Men:First Class.
Cite nie cam history untuk X-Men yang dah main before-before nie.Origin story of mutant gtu. Camne boleh ade Magneto,camne boleh ade Professor X, Mystique. Camne boleh ade sekolah untuk superhuman. semua nie terjawab dalam X-Men First Class. Best.! Tak rugi pergi tengok.! *serius nieh*. Cepat lari ke panggung wayang berdekatan sekarang.!

lagi satu even kita tak pernah tengok movie-movie X-Men yang lain. tapi still boleh paham jalan cite nie. :) no worries.! sebab diri I sendiri pon tak ikut sangat pon cte x-men before nih.LOL.



Cuti sekolah dah habes.! what? WHAT.!?
*eceh* padahal kau nie hanim takde pon cuti time cuti sekolah harituuu... =.=

Saturday, May 28, 2011

Dinar emas & dirham perak

Kelantan launched dinar emas & dirham perak sebagai matawang syariah sejak Ogos tahun lepas. tapi I sendiri tak pernah tau pon tentang dinar emas & dirham perak nie.

Lets check it out together-gether. eceh.! ;p

Apa itu dinar emas & dirham perak?

1. Ia adalah matawang sunnah
2. Ia mempunyai nilai yang tersendiri
3. Nilainya seiring dengan harga barangan
4. Perlindungan dari inflasi.
5. Nilainya diterima tak kira di mana- jual beli, bayar zakat, jadikan wang hantaran, mas kahwin dll.


Harga dinar emas & dirham perak mengikut harga semasa. means sentiasa berubah macam emas barang kemas tuuu. Nie harga untuk 28 Mei 2011.

1 dinar: RM 716.00
1 dirham: RM 30.00


Mana nak beli?
Kelantan - Ar-Rahn. branch ada banyak. Dan boleh jugak di jual balik/gadai untuk dapatkan cash. :)

Bila I reviewed banyak kelebihan bila kita guna dinar emas & dirham perak sebagai pelaburan. sebab harga tak menentu. If time harga tinggi, you all jual lah. compom kayoo.!

btw, bagi I dinar emas nie lebih kurang sama macam barang kemas emas tu lah. cuma nya nie dalam bentuk matawang takleh nak tempel kat badan dan menunjuk-nunjuk kat kawan sebelah/jiran tetangga. =p

Nanti kahwin, nak hantaran/mas kahwin guna dinar lahh.! orang penyibuk selalu tanya bape hantaran kan? hah, ce bagitau 15 dinar emas. mesti sibuk pusing kepala duk mendarab bagai =p


I dah letak semua sources/references. If ada nak tau in details, klik lah di situ ye. :) Oklah.! nak mimpi tengah akad nikah orang sebut dalam dinar dan dirham. ^_^

Saturday, May 21, 2011

First Love

Cinta pertama.

Zaman sekolah.

Sampai sekarang,

saya stalk FB dia.

Bukan sebab sayang,

tapi

sebab saya selalu ingat dia =)

Monday, May 16, 2011

Master / Sarjana UiTM

tiba2 rasa nak bercerita pasal akademik arini. adehh. ;p

Mula2 dulu (before dapat kerja jadi pensyarah kontrak la kan) tak pernah lansung aku niat di hati nak sambung master. tapi aku tau ayah aku ade niat tuh. *dia kot yang doa* eceh. then, dah dapat surat tawaran plus surat perjanjian untuk jawatan pensyarah kontrak tu ada tertulis;

bagi yang belum mempunyai sarjana, hendak/mestilah menjadi pelajar sarjana dalam tempoh setahun pertama perkhidmatan.

Terus aku lari2 anak apply master. Yes.! apply master kerana tuntutan kerja. dalam hati taknak belajar ponn. teruk bukan? tapi bila dah belajar baru tau betapa penting nya pelajaran nie kan.

Here goes some master programmes list by coursework in UiTM,

Faculty Computer Science and Mathematics
M.sc (Information Technology)
M.sc (Quantitative Science)
M.sc (Applied Statistics)
M.sc (Computer Science)
M.sc (Computer Networking)


Tiba-tiba tak minat coursework, no worries master by research pon ade. :)

kenapa aku belajar kat UiTM jugak? sebab staff dapat half price for credit fees :) hee. Tak jugak. compared Uni laen kalau korang bukan staff pon UiTM totap murahhh.. nak membantu anak bangsa kan. :) aku tak mampu nyahh nak belajar kat tempat laen. mahal bebenor. Kalau UiTM nie dalam rm1800 per semester yang punya 4 subjek.

Tu je kot.
Any queries leh tanya aku in details oke.?

Jom pakat belajar.! -Selangkah ke UiTM- eh, berlangkah-langkah pon takpe.! :)

Thursday, May 12, 2011

Sesawang lelabah atau laman sesawang?

Korang boleh pilih weh.! blog aku nie laman sesawang ke sesawang lelabah. Teruk bebenor.! lama gile tak hupdate. Maaplah mak bizi nokks.!

#1 Update : Final exam done.! Marking paper done.! Uploading marks done.! Now, aku datang kerja untuk berfacebook, makan dan menonton drama Korea. K-pop awwww.!

#2 Update : Akak aku no 2 nak bertunang.! walaweyyyyyy.! aku paling sibuk sebab dia duk sarawak. sape nak pilih kan mini dais.?? sape nak pilihkan baju.? sape lg kalau bukan aku.! minah kepochi niee..

#3 Update : Aku sekarang dah turning to Indonesian drama series "Cinta Melody" nak rambut macam Melody boleh.? boleh belahhhhhh.. sebab rambut kau nipis hanim.!!

Next time aku citer-citer lg dalam blog eh.! sebab aku dah banyak masa free. dulu aku kejar masa sekarang, eh, eh, masa kite dah sama laa bergerak.! hehee ;p

Tuesday, February 15, 2011

Quotes

I love to read beautiful, nice yet funny phrases or "Quotes". and here I'll post some.
Lets check it out together.! yeahhh.! *oke aku gila sbb byk keje x buat lg!*

Beauty is not in the face; beauty is a light in the heart.
-Kahlil Gibran -

I think men who have a pierced ear are better prepared for marriage. They've experienced pain and bought jewelry.
- Rita Rudner -

A friend doesn't go on a diet because you are fat.
- Erma Bombeck -

A successful man is one who makes more money than his wife can spend. A successful woman is one who can find such a man.
-Lana Turner -

You only live once, but if you work it right, once is enough.
- unknown -

dah tulis quote banyak2 then rase mengantuk. eh, padahal tadi tujuan bukak laptop nak buat assignment. tsk.! I need inspirational quotes.! sekarang kalut duk google. masalah nya inspire ke?.! ;p

Sunday, February 13, 2011

Family Day

Cuti Raya Cina yang dah empat dekad berlalu *hiperbola sokmo.!* ;p Family belah ayah aku buat family gathering kat Permai Inn, Tok Bali kot. oke aku pon tak sure location nye ke Pasir Puteh. p yang nyata kat kelantan lah :)

The preparations :)

The activities on fire.! :)
Some of activities : Baling belon air,musical chair,pecah kan belon, rebut gula2

The family members with theme color :)
Hj Omar and Hjh Wook generations

We hope both of you (late grandparents) see us from there.!
Thank you for both of u.

hey, the most important thing.! we are on a newspaper tho.! :)

I had a bless Chinese New Year Celebration.! Next time, family day at Beijing oke? aaa.! semua jerit. agree.! hehe ;p

Friday, February 4, 2011

Chinese Zodiac

Aku ingat aku lahir tahun NAGA but unfortunately kau salahhh ye hanim.! dah 23 tahun hidup baru tau yang aku tahun arnab sebenarnya. selama nie duk agungkan la sangat dragon kau tuh.! ;p arnab la plak. arnab arnab arnab comel.!

Jan.29, 1987 to Feb.16, 1988 = RABBIT

Feb.17, 1988 to Feb.05, 1989 = DRAGON

Lets together celebrate this prosperity of RABBIT year.!
Happy Chinese New Year :)
Xinnian Kuai le.!
Xiexie
eh, mandarin pulak terkua. overreact sbb tau dia tahun arnab ;p

Monday, January 31, 2011

Cari emas atau gali emas?

aku mabuk maen benda alah nie. if datang opis takde keje aku akan maen game nie dari pagi sampai lah. kwn2 seperjuangan tego "dah kul 5 weh, taknak balik ke?" T_T

gigih tak pekerja cam aku nie? ;p

Jom main.!

ada any suggestion game len tak? tapi I tak suka game perang2/tembak2 yang len semua I layann.
omakaihhh.! I tak tido lg sampai kul 6 pagi. semua buat. header buat, tukar tulisan gedik2 pon buat. naseb tak tukar template sbb malas plus renyeh buat keje tu semua.

Bagos betol tak tido.! tambah lagi dengan esok kerja. Thumbs up.!

Wednesday, January 26, 2011

Officially 23 years old.!



22nd of January 2011
I am officially 23 years old. adeh, dah tambah lagi umur setahun. dah kena pi mengundi dahhh ;p

Thanks for all the wishes.!

yang kat atas tu print screen sket je. tak muat nk letak byk2. jgn kecil hati bile wish tapi sy tak letak. huhu

anyway, if tak de facebook/twitter/friendster/myspace berapa kerat je ingat birthday kau hanim? nangess la takde sorg pon wish kan?

Till then, nak buat assignment. papai n nyte.! :)

Sunday, January 16, 2011

Dari Sarawak ke Brunei

Yes.! berjaya upload gambar banyak-banyak.! Senang je bila guna streamyx =p *pomot streamyx nieh*

Masa dekat Miri takde g mana pon. tak sempat tak sempat.! jalan ngn org-org berumur nie kena banyak sabar ye.! *ayat tapis takleh bla* HAHA.

Then, esok pepagi buta *tipu* kena ingat I jalan dgn org-org da berumur ye.! around 9 cmtuh angkut semua satu van gerak pergi Brunei terus tuju Bandar Seri Begawan lalu je kat area Kuala Belait tak trun pon.

Tempat pertama pergi sebenarnya kat Rizqun International Hotel. Bukan check in hotel tapi cari opis Tourism sbb nak amek our triple charming tourist guides :) 3 orang. dorg bawak kete satu kami konvoi ikut belakang.
Nahh.. dorang bawak kami round tengok Masjid kubah emas. terus rase nak lari pakai purdah sekarang.! teheee ;p
Then pergi round Istana. even kami punya tourist guide salah sorg kerabat tapi takleh masok jugak Istana :( tengok dari luar saje. tengok kat belakang ade kubah kan. tu kubah istana. tak dapat masok amek gambar jadi lahhh.. Istana Nur Iman (if tak salah la)

Nahh.. masjid lagi. I dah kata kami round masjid je. sbb smua malas nak jalan-jalan (jalan guna kaki) smua nak jln2 sambil duduk dalam keta smpai kematu. Ingat, I jalan2 ngn org-org berumur ye.! =p
Nie masjid lama skit dr masjid emas atas tadi. tapi still cantik, bersih dan kemas.
Kami pon terus la pegi Kampung Air. naek boat sampai larut petang. Kampung Air sgt menarik.! terus teringin nak duduk kat Kampung Air. If pegi Brunei tak pegi Kampung Air rugi.! rugi tau.!

Oke, dah malam kami pon pergi shopping. Eh, tetibe2 smua org-org berumur turun dari van. eh, eh. sbb nampak kain smua yang complaint sakit lutut,sakit urat jalan laju-laju.! Kain pasang sangat murah. Kami pergi Al-Bukhari Textile Center. Boleh bodek abg kacuk sampai dpt harga paling murah :) dorang nya sale time gaji. Pergi time gaji tau.! sure harga jd runtuh.

Dah habes beratus dollar then habeskan lagi di Nazmi Textile Center. adehh, yg nie lagi besar tapi payah nak dapat discount. nak discount banyak pilih Al-Bukhari oke.! Terpaksa buat link sbb tak amek gambar kat ctu pong sbb I sebok pilih kain :p

Dah abes duit, lapar la semua. terus sakit lutut ngn sakit urat balik ye puan-puan sekalian. Jom makan kat Aminah Arif Restaurant. Paling famous dgn Ambuyat.! Ambuyat nie macam makan lauk pauk dgn sagu. (refer gambar kat atas) siap ade sambal belacan.! Sedap.

Sekian perjalanan sehari di Brunei. Balik rumah tidur esok nya shopping kristal. Pinggan dan mangkuk kristal. Sekali lagi puan-puan dah tak sakit urat :) Lupa mall tu nama ape. tapi tourist guide ckp Mall tu paling murah kristal nya. Matahari ke ape nama. lupaa sudahh.!



Nie semua gambar kat Rizqun International Hotel. Tourism Malaysia pon kat dalam tu. Tourist guides kami sebenarnya Director, Assistant Director of Brunei and sorang lg staff :) sbb takde sape pon kat opis dorang. ade staff 2,3 org je. campur smua ade 6org sbb tu dorg happy kami pegi sana. plus boss dorng pon ade sama kan. ;p

2hari 1 malam di Brunei tak byk tempat leh explore :( plus jalan2 dgn org2 berumur kena sabar.! hehe :D next time pegi lagi yep.!

Oke, dah balik. dalam paper bag tu semua kek lapis sarawak. banyakkk.! dalam beg troli smua kain pasang. *pengsan.! baju masing2 dlm backpack sjerr..