Wednesday, June 29, 2011

Sadness

I need a PAUSE button for a short break in my life

a REWIND button to fix the past, maybe by fixing the past my life would be great than now =(

By fixing the past, I'll PLAY it back with big smiling on my face.

But, who'll give you a power to fix the past? IMPOSSIBLE.




Live in a dream and Just follow the flow.
=(

Saturday, June 25, 2011

Ceremony of love

Cuti sekolah boleh didefinisikan sebagai musim orang berkahwin awww.! :)
aku nak kahwin time bulan puasa. aci? -kedekut taik idung masin-

11th June 2011
Majlis sambut menantu
Ida & Faliq di Batu Pahat

5th June 2011
My elder sister Engagement's Day :)

4th June 2011
Majlis Persandingan Ida & Faliq

3rd June 2011
My cousin wedding's Day

31st May 2011
Majlis Persandingan kawan Kak Nini. I selaku driver terhormat. :)

Gambar di susun ala-ala resume. yang baru di atas yang lama di bawah. teehee ^_^

Friday, June 24, 2011

Sah! orang di dalam video adalah Anwar Ibrahim.

Tengok berita tv3 pukul 8 tadi.

Terkejut! headline buletin utama malam nie perihal video trio tersebut.

Tak tahu yang mana salah, yang mana betul. dunia sekarang macam-macam kan? ada kritikan, ada tohmahan, ada juga puji pujian. Cuma kita perlu berpaksi di jalan yang betul, yang diredhai Nya sentiasa :)

Hanis Zalikha's boyfriend

Ehem-ehem. *muka gedik*

Aku dah tau siapa kawan lelaki Hanis Zalikha :D
Dengan usaha gigih kakak ku, dia berjaya mendapatkan kepastian dengan sumber yang paling dekat dan tepat.

Yes, he is FH. Also, a pilot-to-be :)


Cantik + Handsome = anak mesti comel yang amat kan. *sekarang jugak I lari nak pegi cari lelaki handsome kot-kot takcantik + handsome = anak tersangat lah comel* T_T

Thursday, June 23, 2011

Kiddo hairstyle

"Heyya.!" word yang adry suka sebut. Dari cd mana ntah dia belajar. sket-sket "heyya!" sambil buat gaya waving. T_T

Masa cuti sekolah haritu kakak (eldest sista) satu family balik Besut dengan misi kakak untuk menggunting rambut adry. Umur adry dah nak masuk 3tahun tak pernah gunting secara professional means selalu kakak je yang trim senget benget rambut si cendawan ni. kadang-kadang dah macam pakai helmet.*konon nak rambut cam budak-budak kat oberseas nun* tu rambut panjang je selalu. tsk.!

Ni rambut sebelum di gunting. ala-ala helmet bukan? kadang-kadang ala2 gegirl gitu. =.= Selama dua tahun rambut macam ni.

Proses gunting dah mula, nasib baek lah cover tuh gambar hidupan laut. mata melilau-lilau nak tunjuk eh, ada dory, ada squid, ada nemo. so tak take port sangat lah orang duk gunting rambut dia. 10 minit pertama, bagos.!
Dah start boring takleh gerak-gerak. Lalu terhasil lah mimik muka over. konon sakit.!
Tadaa.! rambut cendawan dah berubah kepada rambut bulat dan pendek :) tiba je nampak cam matured terlebih anak sedara aku nih. HAHA

Me: Adry, how to spell shark?
Adry: S-H-A-R-K shark.! cleverrr (gaya mommy dia)
Me: @_@

Adry: choochoo(ni berpunca dari mommy kau yg duk reka nama, lekat sampai sekarang), what is that? (sambil tunjuk gambar shark)
Me: Is a whale.
Adry: No lah.!is a great white shark.
Me: @________________@

Peminat no 1 shark semua benda harus lah shark. Haiihhh..

Choochoo rindu Adry Muhammad lah :)

Tuesday, June 21, 2011

plagiarism

Amboih title taknak kalahh. HAHA. :)

Dulu-dulu, aku pernah lah jugak copy paste kan. especially part literature review & public speaking sebab nak bagi nampak cam cool gila.! dan bila org baca woww, hebat nya english diaaaaa. (hidung start dah kembang kempis) even sebenarnya kau tipu/ciplak yang org lain =.=

dan bagi aku, sangat lah penipu kalau org tu ckap. "eh, I tak pernah pon copy paste selama I belajar nie oke.!" - aww, terkejut boboii dengar camtu.! *senyap.! aku sekarang peminat tegar maharaja lawak* :p

Sekarang, bila dah bergelar pensyarah baru aku tau plagiarism sangat lah menyakitkan hati. Contohnya, if research kau yang bertungkus lumus duk buat orang lain republish kan atas nama dia, if notes kau tak tidur malam duk siapkan orang lain boleh compile kan notes kita dan jual dan macam-macam lagi lah jenis plagiat nie. If nak senaraikan contoh sampai esok pon tak abeh-abeh.

Tapi untuk ingatkan diri sendiri juga. janganlah kita senang2 je copy paste yang orang lain. dia guna kudrat, masa, duit nak habeskan sesuatu benda kita senang-senang je ambik dan guna buat hak sendiri. Tak salah nak guna tapi sebagai rujukan lah. Aku pon selalu buat research dan selalu ingatkan diri sendiri jangan copy, tapi apakan daya ade jugak tercopy.eseiimenn.! dah copy kita kena lah quote kan tak pon letak jd reference. Tak salah :)

Blog, account facebook pon ada yang plagiat. mushkil. T_T Tambah plak sekarang sibuk dengan issues hacked/godam dan digodam (over) makin celik IT makin celik lah idea untuk buat benda yang bukan-bukan. Aku pon sama weh, call students computer science "Saya nak mintak installer yg boleh unblock proxy sebab nak bukak facebook time masa kerja." *sama jahat nya aku nie* haihhh. jom insap.!

Friday, June 17, 2011

Harga the new MYVi

Cerita dah basi. sebenarnya before launched officially semalam aku dah nak cite tapi apekan daya. tak cukup kudrat nak menaip. tsk.! T_T

The new Myvi with tagline "Lagi Best" ada 3 variasi pilihan sahaja: Standard, Premium dan Elegance. dan setiap variasi ada Manual & Automatic. Ada 6 jenis pilihan warna : Solid (ivory white), Metallic (ebony black, medallion grey, glittering silver,mystical purple-August onward baru dibuka-), Special Metallic (pearl white).

Harga Myvi Standard (berbeza dari segi rim tayar, some sort of accessories-spoiler,etc)

manual(1.3L SX)
Solid - Rm43 900
Metallic - RM44 400
Special Metallic - RM44 800

Automatic(1.3L EZ)
Solid - RM46 900
Metallic - RM47 400
Special Metallic - RM47 800

Harga MYVi Premium

manual(1.3L SXi)
Solid - Rm46 900
Metallic - RM47 400
Special Metallic - RM47 800

Automatic(1.3L EZi)
Solid - RM49 900
Metallic - RM50 400
Special Metallic - RM50 800

Harga MYVi Elegance (yang nie ada navigation system, touch screen, dvd player (boleh guna if handbrake di tarik shj))

manual(1.3L SXE)
Solid - Rm53 900
Metallic - RM54 400

Automatic(1.3L EZE)
Solid - RM56 900
Metallic - RM57 400

*harga di atas hanya untuk semenanjung Malaysia shj.

Apa pilihan you all? :) Jom segera ke dealer berhampiran. atau booking via : www.perodua.com.my

Tuesday, June 14, 2011

Sarjana UiTM (details)

I dah pernah buat post pasal sarjana/master UiTM before ni. Sape yang belum baca boleh kelik sini : Master/Sarjana UiTM :)

Fee : Coursework tinggi lah sikit berbanding master in research. dalam RM1200++ per semester. kalau research dalam RM700++ je per semester maybe sebab tak guna ramai tenaga lecturer kot.

Timetable : Mostly depends on faculty. Macam I, Faculty Computer Science&Mathematics nie ada kelas pukul 6ptg - 9malam time weekdays dan kelas pagi untuk hari Sabtu. Ahad takde class. Tapi kawan I Faculty Accountancy, kelas dorang ada time weekend sahaja. Sabtu&Ahad. Tapi yang pasti, master students takkan ade class pagi time weekdays sebab mostly master student dah bekerja kan. Satu subjek, sekali je jumpe setiap minggu tapi duration class 3 hours la. memang selalu mati kutu.! *lama okehh* ;p

Assignments/projects : Untuk assignments/projects depend on lecturer jugak. Assignment/project nie bagi I benda wajib untuk setiap subjek. Memang compom adoo.! cuma ada certain2 lecturer suka bagi assignments every week dan mesti submit, ada yang suka suh buat project then bg due date ble kne submit, ada yang suka buat test and ada jugak yang suka buat take home test. bagi I nie macam luck la dapat lecturer cane. hehe

Final exam : Final exam depends on subject & lecturer. ada sesetengah lecturer bagi bawak notes masuk exam hall, ada yg gne lab boleh open book then submit via email kat lecturer, ada yg exam mcm biase. Untuk elective courses 40% je final exam, untuk core, 50%/60% lah. Tapi make sure yg result untuk core subjek harus dan MESTI lah grade B sahaja. untuk elective courses longgar sikit grade C. If dapat kurang, subjek tu akan melekat je dalam sanubari sebab kena repeat.! T_T

I rase dah cukup kot. nie I kongsi berdasarkan pengalaman diri sendiri selama setahun setengah bergelar pelajar master. If ada salah, maaf di pinta. *eceh, macam pantun* :)

Sumber yang boleh dipercayai untuk dikelik adalah : www.ipsis.uitm.edu.my

If ada ape-ape soalan yang mushkil dihati dan minda boleh je nak tanya I :)

Monday, June 13, 2011

Review X-Men: First Class

Last weekend, kitorang satu family turun Batu Pahat(BP). lame gilerr tak balik JB. Since atok aku dah meninggal, nenek aku asyik duk KL. jarang2 duk JB. tu kitorang jarang turun sana. Tapi hujung minggu aritu g lah lepak kat umah papa (pak sedare sulung belah mak) kat BP. Rumah tu dia buat cam homestay. p untuk family-family jelah. best jugak.. macam family gathering gtu.

Malam kitorang g lah layan movie kat BP Mall. 5 mins je dari rumah. Tengok ade X-Men:First Class.
Cite nie cam history untuk X-Men yang dah main before-before nie.Origin story of mutant gtu. Camne boleh ade Magneto,camne boleh ade Professor X, Mystique. Camne boleh ade sekolah untuk superhuman. semua nie terjawab dalam X-Men First Class. Best.! Tak rugi pergi tengok.! *serius nieh*. Cepat lari ke panggung wayang berdekatan sekarang.!

lagi satu even kita tak pernah tengok movie-movie X-Men yang lain. tapi still boleh paham jalan cite nie. :) no worries.! sebab diri I sendiri pon tak ikut sangat pon cte x-men before nih.LOL.



Cuti sekolah dah habes.! what? WHAT.!?
*eceh* padahal kau nie hanim takde pon cuti time cuti sekolah harituuu... =.=