Wednesday, July 27, 2011

Thesis

Paling aku tasuke time belajar adalah part buat research. Haihh'

Ingat statistician suke ke buat research? @_@ statistician len mungkin. Aku je kot yg malas mcm ayam..

Jom bace journal self efficacy jom.! =)

posted from Bloggeroid

Saturday, July 23, 2011

Sony Vaio

2009 kot baru beli laptop Sony nie. mak n ayah hadiah sebab dapat first class honor degree. ayah tanya nak laptop pe ? Dell, Macbook, Sony. Lalu si dungu teknologi ni pilih Sony sebab ada kaler pink. Tak ke dungu nama nye ? T_T

Aku menyesal sampai sekarang. Kenapa ? Bace lah kisah tragis laptop aku.

1. Tak sampai setahun pakai awal tahun 2010 kot dah bunyi cam kapal terbang bila ON laptop. Ade warranty so tak berpeluh keluarkan duit. *orang Sony Service kata kipas rosak

2. Tahun 2010 dalam akhir tahun. laptop jam. Selow tahap siput jalan. *time nie dah takde warranty okeh. rm60 Sony service charge untuk format SAHAJA

3. Tahun 2011 bulan Mei. time aku sibuk nak siapkan Master nye projects/assignments. Hambek.! takleh ON trusss. dang ! aku terus takleh nak kata ape. On kejap mati, pastu nak on xleh sampai sudah. *Eh, repair kat Service Centre Sony lagih. Cina tu charge rm160 sebab tukar some parts.

4. Tak sampai dua minggu lepas repair condemn plak laptop aku. takleh ON. Part nie aku dah hangin.! pegi kat Service Centre aku suh dia bilang bape kali aku datang repair dalam mase 2tahun nie. 4kali dah cik. dah tu ni kenapa tak sampai sebulan rosak lagi. Jawab receptionist : Tu kena tanya technician. dia takdok keluar tadi. *Slang cina. Takpe lah repair plak yang nie. sekali bape charge kau tau ? RM309.

-tak kira minyak aku ulang alik dari Besut - KB, Machang - KB sebab nak hantar dan hambik

SONY sangatttt lah bagus sebab labour service pon dah rm160.
.SEKIAN.

Thursday, July 21, 2011

Cuti midterm semester May-Sept 2011

MALU nak citer. kite kannnnn pegi kursus kawen semalam dgn harini =)

Monday, July 18, 2011

Myvi Lagi-lagi Best

Eceh, title over.

Myvi dah selamat sampai bersama roadtax. aritu duk pung pang pung pang cari kete ape nak beli kan. last-last amek Myvi suda. lepas di buat kira-kira, aku rase tak mampu nyah nak bayar kete sajo rm800 bulan-bulan. aku bukan ada sugar daddy. tapi kalau ada kan best. T_T

Nak cite myvi baru nie,

Myvi baru memang lain terus dari Myvi dulu. dari segi lampu, kaki kodok dah takde dan bontot dia up sikit. dah macam honda jazz sekali pandang. *aku nasihat kan, org pandang kereta aku sekaliiii je plissssssss* haha

Dari segi interior toksah cakap lah memang lain terus. dan part yang best dia bagitau minyak banyak nie bape range kilometer yang boleh pegi.. so, tayah risau cukup ke tak minyak. dari segi gear dia dah letak kat screen kalau auto lah. kalau manual masih sama.

interior part kerusi aku tak suka yang standard sebab kaler koko muda gtu. if anak ko tumpahkan air berbelang-belang la seat tuh. tayah tunggu anak, diri sendri pon penah tumpah kan air dalam kete kan ? ;p so, better ambik yang variant premium seat kaler hitam. stereng pon best sikit berbanding myvi lama.. tu je kot.

esok nak test drive pegi Machang laaa. heeee ;p hello gulahati baru.. encik DBW =)

Sunday, July 17, 2011

tonton tv guna laptop sajo

Tak sempat tengok Annissa ?
aku: tak sempat sbb malam pon aku rajin kerja. errk.!

Tak sempat tengok Coffee Prince ?
aku: tak sempat sebab timetable class semua penuh time pukul 12-2pm T_T *wanita teraniaya*

Tapi aku cool je weh. sebab aku boleh tengok secara online sajerr.

dimana dimana ?


Senang jer, just register (password,username) dah settle then pilih la drama mana nak tengok. sekarang ku layan MyGirl buat kali ke empatploh. heee ;p
tayah risau kalau guna broadband pon oke. sbb aku kat umah sewa guna broadband jer. line tak kacau. eh, means line clear lah. =)

Friday, July 15, 2011

Iphone atau Blackberry

I takde pon either Iphone or Blackberry. dua dua I tak mampu.!
*ayat macam nak cakap kat org: boleh belikan I satu Iphone 5 ?* dussh terus aku lenyap dari muka bumi.

ehem, dengar cerita Iphone 5 plak nak launch. aiyooo.! aku Iphone pon tak pernah ada. lagi pengsann. macam mane nie ?

Sekarang, aku perlu kan phone yang boleh online di mana-mana sahaja. tak perlu angkut laptop dan broadband dan chager. tsk.! banyak sangat nak angkut naik tingkat 3 tiap-tiap hari. T_T

Kenapa nak online selalu?
sbb Bf dah berada jauh nun di perantauan. haruslah online tiap masa. =))

Iphone ke blackberry ? saya nak yang murah je. ada suggestion tak? postpaid ke prepaid. better beli phone ke bt contract dgn line je ?

Saturday, July 9, 2011

The Zenith Hotel, Kuantan

Hotel baru. berhadapan dengan East Coast Mall. masih dalam opening promotion rate until 31st Dec 2011. senarai harga bilik: zenithhotel

waiting area. before check out kita test power adry. what is this ? said nanny.



Dalam hotel. 2 beranak konon posing cam kat opis :D

tatau nak update ape sebab half of me takde kat sini.xleh msg-msg, xleh calling-calling. tsk.!

sekarang baru I tau rindu tu ape. T_T

Tuesday, July 5, 2011

Beware of Phishing Scam

Zaman canggih sekarang semua orang ada account internet banking kan. Segala transaction boleh buat online je weh. boleh bayar bil online, boleh tanya bape kau nak aku transfer duit? aku boleh buat sekarang! T_T dan segala benda lah :)

Tapi ada satu benda yang memang kita kena alert bila punya account utk internet banking. iaitu PHISHING SCAM. Kita yang kena alert dulu jangan bila duit dah hilang baru nak kecoh-kecoh call bank bagai. Macam mana nak alert?

1. Jangan sesekali kelik di mana-mana link untuk ke internet banking. Maksudnya jangan malas menaip url!
2. Jangan mudah sebarkan username dan password.
3. Jika tukar nombor telefon, sila lah update dengan segera. TAC kan via sms.

Nak tahu lebih lanjut? jangan segan silu kelik. Banyak input yang boleh dapat dan banyak contoh-contoh penipuan phishing ni.


Monday, July 4, 2011

transformer 3 - dark of the moon

Hoyeaah.! I dah selamat tengok Transformer 3 secara 3D kat MBO Klang last Friday. Best! thumbs up. I love the cars.! serious smart. Dari segi effect, technology no doubt la kan. Bumblebee comel macam biasa :)

Tapi dari segi pelakon tu I tak berapa nak suka sebab witwicky dengan awek (walaupun bukan Megan Fox lagi tapi mulut tetap mungil. aww.! ) dia tetap cool even orang lain kat belakang tu hancur berkecai. Plus rambut awek memang sentiasa model. baju comot rambut jangan sesekali ;p


Ada watak baru Sentinel Prime, ada watak yang mati Mr Ironhide. ada part yang menyentuh perasaan sampai basah spek 3D sebab airmata keluar. T_T Transformer kali nie sangat-sangat lah canggih. kagum macam mana dorang boleh buat nie semua.

Nway, tengok lah rakan-rakan sekalian. tak rugi :)

Sunday, July 3, 2011

Tips belajar secara partime

Kebiasaan nya orang akan tanya tak penat ke belajar time weekend? I mesti jawab " tak kenal pon penat tu ape " T_T

Kalau ada siapa-siapa nak sambung belajar. sila lah sambung sampai habes dulu then baru kerja. Tu yang paling selamat. Tapi kalau kita dah kerja jangan lah berhenti kerja sebab nak sambung belajar. rugii.! kerja je then partime spend masa untuk belajar.

Selalu dengar orang tanya macam mana nak bahagi kan masa kan? Macam I yang kerja kat Kelantan dan belajar di Shah Alam. memang penat takleh cakap kadang-kadang sambil tengok assignment nya due date pon airmata mengalir laju sebab tak buat ape pon lagi dah nak kena submit. tsk! Tapi takpe semangat mesti ada.

Tips saya yang dah gunakan selama setahun setengah nie:

1. Semangat harus tinggi. jangan sekali-kali give up. *nie memang penting
2. Siang spend masa untuk bekerja. Malam kalau boleh bukak juga buku untuk siapkan assignment secara berdikit-dikit. *jangan campur adukkan kerja
3. Bila pergi ke tmpt belajar contoh nya di Shah Alam. cuba habeskan masa senggang dengan berkaraoke, tonton movie dan shopping. *release tension, jgn fikir tujuan belajar saja*
4. Pandai deal dengan lecturer, kadang-kadang dorang paham kite bekerja. *trick bila tak siap assignment*

Insya -Allah dengan usaha, kita berjaya dapatkan segulung ijazah sambil bekerja. tak salah :)