Monday, September 9, 2013

Iklan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM 2014

As usual, aku copy paste je dari email. Tujuan aku nak buat hebahan kepada semua. Pertanyaan lanjut kena call orang yang berkaitan la. Tempoh iklan : 17 September 2013 hingga 01 Oktober 2013

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan,

UiTM mempelawa Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) Universiti Teknologi MARA Tahun 2014 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran dan Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk) UiTM. 

CARA-CARA MEMOHON

Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian pada pautan http://onlineapps.uitm.edu.my/etpm. 

TEMPOH IKLAN

Iklan akan dibuka dari 17 September 2013 hingga 01 Oktober 2013. 

SYARAT

Syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti yang diiklankan.

Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.